Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS desak KDN dedah nama syarikat kawalan keselamatan
Diterbitkan:  Oct 25, 2013 11:38 AM
Dikemaskini: 5:19 AM

VIDEO l 0:37 minit

PAS hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan nama syarikat yang menggaji pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai operasi Ambank di Subang Jaya petang kelmarin.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manKetua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tidak wajar bagi KDN sekadar mengisytiharkan syarikat itu digantung lesen sedangkan pelbagai persoalan timbul termasuk prosedur menggaji pengawal keselamatan itu yang memiliki kad pengenalan palsu.

"Antaranya bagaimana pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu? Berapa lagi orang yang memiliki IC palsu di negara ini. Ini di bawah tanggungjawab KDN untuk menjawab kepada rakyat.

"Kedua bagaimana penjenayah ini dapat diterima kerja dengan IC palsu? Apakah syarikat keselamatan berkenaan tidak tahu menyemak maklumat pekerja yang digajinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara?

"Bagaimana bayaran gaji dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dibuat? Apakah penjenayah itu mempunyai akaun KWSP?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkara yang paling membimbangkan, kata Tuan Ibrahim lagi, individu yang memiliki IC palsu itu diberikan kuasa dan kebenaran memegang senjata api dan menganggapnya sebagai "satu kejutan bagi rakyat Malaysia" tatkala kejadian menembak masih menjadi-jadi.

NONE"Apakah rasional KDN untuk merahsiakan nama syarikat terbabit yang kini jelas menjadi satu ancaman kepada keselamatan rakyat kerana kecuaiannya?" kata Tuan Ibrahim.

Dalam kejadian 6 petang kelmarin, Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya.

Mengulas kenyataan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim bahawa kementerian itu telah mengaudit 90 peratus daripada 751 syarikat kawalan keselamatan, Tuan Ibrahim mempersoal sama ada tindakan itu dilakukan berkala atau selepas kejadian itu.

"Sekiranya audit ini dilakukan dengan konsisten, sudah tentu KDN dapat mengesan lebih awal pegawai-pegawai keselamatan yang memiliki IC palsu telah digaji oleh syarikat-syarikat keselamatan," katanya.

Tuan Ibrahim juga menggesa KDN menyemak sama ada terdapat senjata api yang hilang daripada syarikat keselamatan sebagaimana polis hilang senjatanya dalam tandas dan kereta kerana terlupa dan dirompak.

ADS