Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Nampaknya menerbitkan artikel berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor boleh menyebabkan sesuatu organisasi bermasalah.

Malaysiakini difahamkan, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mingguan The Heat berhubung artikel berjudul "All eyes on big spending Najib" dalam keluaran Novembernya.

Difahamkan juga bahawa artikel berhubung Najib dan Rosmah itu tidak disebutkan secara langsung dalam surat tunjuk sebab itu.

Malaysiakini

sudah menghubungi bahagian penerbitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pengesahan dan masih menunggu jawapannya.

The Heat sebuah penerbitan bawah Kumpulan HCK Media Group yang dikaitkan dengan ahli korporat Clement Hii.

Sumber enggan mendedahkan kandungan surat itu. Begitu juga Ketua Pengarang David Lee Boon Siew.

" The Heat tiada komen untuk diberikan," katanya ketika diminta mengesahkan menerimat surat tunjuk sebab itu.

Sebelum ini, Malaysian Insider melaporkan, Pejabat Perdana Menteri mengarahkan Astro Awani menarik balik artikel berhubung Rosmah, yang ditulis berdasarkan tulisan bekas tokoh wartawan A Kadir Jasin di blog.

[Baca berita penuh]

ADS