Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gempa kuat bermagnitud 6.3 gegar pulau Jawa
Diterbitkan:  Apr 28, 2024 10:02 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Kepulauan Jawa, Indonesia pada 12.29 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak di 8.2 darjah selatan dan 107.2 darjah timur iaitu 147 kilometer (km) selatan dari Sukabumi, dengan kedalaman 70km.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu di Kuala Lumpur.

- Bernama

Lihat Komen
ADS